Animated Hello Kitty Wink

cinta dan bintang selalu bersatu :)

my smile is sweet ^^

Rabu, 15 Desember 2010

Teori -Teori Etika Bisnis

1.      Pengertian Etika


Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Ahli falsafah mendapati ia adalah subjek yang rumit. Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional dan bebas membuat pilihan
Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Greek ethos
French dan Granrose (1995): set panduan/ peraturan bertingkah laku-menyelesaikan konflik terhadap keinginan Buchnolz (1989) : sistem panduan tingkahlaku.
Penyataan dalam Teori Etika :
1)      Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah sistem moral. Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya. Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat berbagai sistem moral yang bersifat relatif di muka bumi ini : etika Kristian, Buddha, Islam, Yahudi, Hindu etc. Etika deskriptif menyatukan bentuk atau karektor sesuatu sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap system tersebut.
2)      Etika normative, merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat. Ianya juga menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada di samping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia diterima.
3)      Etika normative, mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada. Etika normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya berkaitrapat dengan agama. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif klasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain.

2.      Tiga Norma Umum
            Norma adalah pedoman tentang bagaimana kita harus hidup dan bertindak secara baik dan tepat, sekaligus menjadi dasar bagi penilaian mengenai baik buruknya perilaku dan tindakan kita.
1)      Norma Sopan santun / Norma Etiket adalah norma yang mengatur pola perilaku dan sikap lahiriah dalam pergaulan sehari-hari
2)      Norma Hukum adalah norma yang dituntut keberlakuannya secara tegas oleh masyarakat karena dianggap perlu dan niscaya demi keselamatan dan kesejahteraan manusia dalam kehidupan bermasyarakat. Norma hukum ini mencerminkan  harapan, keinginan dan keyakinan seluruh anggota masyarakat tersebut tentang bagaimana hidup bermasyarakat yang baik dan bagaimana masyarakat tersebut harus diatur secara baik.
3)      Norma Moral, yaitu aturan mengenai sikap dan perilaku manusia sebagai manusia. Norma moral ini menyangkut aturan tentang baik buruknya, adil tidaknya tindakan dan perilaku manusia sejauh ia dilihat sebagai manusia.
Ada beberapa ciri utama yang membedakan norma moral dari norma umum lainnya ( kendati dalam kaitan dengan norma hukum ciri-ciri ini bisa tumpang tindih) : Kaidah moral berkaitan dengan hal-hal yang mempunyai atau yang dianggap mempunyai konsekuensi yang serius bagi  kesejahteraan, kebaikan dan kehidupan manusia, baik sebagai pribadi maupun sebagai kelompok.

3.      Teori Etika
1. Teologi : Teori ini melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan Sesuatu perbuatan itu tidak diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya
2. Deontologi atau non consequentialist : Teori deontologi ini berasaskan kepada prinsip asas iaitu kewajipan manusia. Teori ini berasal daripada perkataan Greek, deon iaitu duty yang merujuk kepada kewajipan individu. 
  3. Subjektif. Penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri sendiri. Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaan peribadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan. 
4. Objektif. Kod moral adalah bebas dari kepentingan individu. Baik dan buruk tidak bersandarkan kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya.
    Teori Utilitarianisme
            Teori ini merupakan suatu aliran atau dimensi di bawah teori etika Teologikal yang juga dikenali sebagai consequentialism. Ia adalah doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum.
                        Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak. Tindakan dikatakan sebagai bermoral jika ia menghasilkan kegembiraan yang maksimum. Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) adalah dua orang tokoh yang dikaitkan dengan teori ini.
            Jenis-jenis Utilitarianism
a.       Act utilitarianism
Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil actutilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisi mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan
b.      Hedonistic utilitarianism
Ciri yang kedua pula ialah mengambilkira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambilkira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.
            Relativisme Etika
           Keadaan merupakan pertimbangan utama dalam menentukan suatu tindakan itu sama ada beretika atau tidak. Tindakan dinilai berdasarkan kesan atau akibatnya. Relativisme etika melihat kepada beberapa perspektif jika wujudnya pertentangan budaya dan pendapat antara individu. Perspektif tersebut melihat dari aspek :
1)      Tiada nilai moral yang benar atau salah secara universal atau secara mutlak. Perbedaan ini berlaku apabila wujud pertentangan budaya dan amalan dalam diri individu terhadap sesuatu tindakan.
2)      Kepelbagaian nilai budaya dan persekitaran memberikan penilaian yang berbeza terhadap tindakan individu sama ada bermoral atau sebaliknya.
3)      Tiadanya skala penilaian yang piawai dan mutlak dalam menilai suatu perbuatan itu sama ada beretika atau sebaliknya

Tidak ada komentar :

Posting Komentar